MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
NAMA PENSYARAH:
SABARIAH BT. MD. YUSSOF
AHLI KUMPULAN
NAMA
|
NO.MATRIK
|
![]() |
03DAT19F1107
|
NUR SHASYA SAHIRA BINTI SHUAIB
|
03DAT19F1120
|
FATIN NUR' AINAA BINTI MOHAMAD
|
03DAT19F1108
|
FATIN NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMAD ISMAIL
|
03DAT19F1110
|
Kesan pembandaran terhadap
alam sekitar
1.PEMBANGUNAN BANDAR YANG PESAT TELAH MEMBERI KESAN KEPADA ALAM SEKITAR.BINCANGKAN.
Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan burukterhadap alam sekitar. Antaranya ialah :
1.Pencemaran
Alam Sekitar.
i) Pencemaran Air
- Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyaksungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancamkerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk keranapembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang.
ii) Pencemaran Udara
- Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yangteruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkankejadian jerebu yang teruk.
iii) Pencemaran Bunyi
- Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepadapencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepadapenduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian.
2)
Fenomena Cuaca
i) Hujan Asid
- Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yangmengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksidaapabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepadahidupan seperti manusia dan tumbuhan.
ii)
Penipisan Lapisan Ozon
- Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoranlapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasilpertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia.
iii) Pulau Haba
- Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkacamenyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan JohorBahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandarkawasan pinggirnya.
iv) Kesan Rumah Hijau
- Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakinmeningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialahpemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub.
v) Banjir kilat
- Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turuntidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat.Keadaan ini sering berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan hartabenda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat.
2.MEMPERKASAKAN GO GREEN DALAM KALANGAN PELAJAR.HURAIKAN
Pada masa kini, tidak
dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu kebiasaan
dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang
walaupun ianya sepeket gula-gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun
begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene
menyukarkannya untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan
implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar dalam jangka masa
panjang.
Mahukah anda memandang
selonggok sampah yang terisi di dalam beg plastik dibuang merata dan berada di
situ selama puluhan tahun? Atau sanggupkah anda makan makanan yang tercemar
dengan bahan kimia beg plastik, yang mungkin boleh menyebabkan anda mendapat
kanser? Tentu jawapan anda adalah tidak!
Sehubungan dengan itu,
bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh penggunaan beg plastik ini,
beberapa langkah telah diambil kerajaan serta pelbagai pihak yang sedar akan
kepentingan untuk tidak menggunakan beg plastik. Antara langkah yang diambil
adalah dengan menganjurkan kempen 3R (Reduce,
Reuse dan Recycle) serta kempen tanpa beg plastik yang telah
pun dijalankan setiap Sabtu sejak 2010 di tempat-tempat membeli belah serta
pasar raya.
Kempen-kempen yang
dijalankan serba sedikit dapat membantu mengurangkan penggunaan beg plastik
sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta mempertingkatkan
kesedaran pengguna terhadap kesan buruk penggunaan beg plastik.
Sejajar dengan langkah
yang diambil kerajaan serta pihak berkuasa, Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil inisiatif sama dengan
menganjurkan Kempen Go
Green – Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik di farmasi.
Selain itu,Program ini
merupakan satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang yang bertujuan untuk
memelihara dan melindungi bumi daripada bahaya “ Global Warming” yang
semakin hari semakin membimbangkan, kesan daripada perbuatan manusia dan
tindakan manusia yang tidak terkawal.Ia juga merupakan kempen “ Low Carbon” dalam bandar. Penanaman
pokok teduhan di bandar bertujuan untuk serapan karbon. Selain itu amalan
3R, Reuse, Reduce, dan Recycle perlu dibudayakan di peringkat sekolah lagi
supaya pendidikan alam sekitar ini dapat disemai sejak awal lagi. Secara ringkasnya
maksud “GO GREEN” adalah kempen kesedaran penjagaan dan pelestarian
Alam sekitar dalam kalangan masyarakat amnya dan para pelajar khususnya. Para pelajar
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar melalui program ini.Natijahnya,
kerajaan dapat menggurangkan pencermaran alam sekitar dengan cara melentur
buluh biarlah daripada rebungnya kerana apabila pelajar telah didedahkan dari
bangku sekolah maka sifat sayang akan alam sekitar akan dapat diterapkan dalam
diri mereka.
3.PEMBANGUNAN LESTARI TANGGANI ISU ALAM SEKITAR.BINCANGKAN.

Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius.Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya.
Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya.Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital.Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan.Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan.
Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan.
Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air.
Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi
oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.
Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.
Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi
dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam
tong-tong kitar semula yang telah disediakan.
Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”.
Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”.
Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar.
Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
SATU demi satu bencana dan tragedi alam sekitar berlaku di Malaysia. Antaranya tragedi Highland Tower, Pos Dipang, isu Gua Tempurung, pembuangan sisa toksik di Sungai Gatom di Johor, isu pencemaran arsenik di Loji Rawatan Air Sungai Ganda di Gerik serta terbaru tragedi Sungai Kim Kim Fasa 1 dan Fasa 2.
Ini tidak termasuk statistik pencemaran sungai, pemusnahan hutan, kemerosotan dalam bilangan hidupan liar dan segala bentuk penjejasan alam sekitar lain.
Isu pencemaran sungai contohnya, 51 sungai dalam kategori tercemar dengan 24 pada Kelas 3 (memerlukan rawatan intensif) seperti Sungai Juru di Pulau Pinang dan Sungai Buloh di Selangor. Ini diikuti 26 sungai pada Kelas 4 (hanya untuk tujuan pengairan) seperti Sungai Segget di Johor dan Sungai Alor Lintah di Kelantan, serta satu lagi Kelas 5 (tercemar teruk) iaitu Sungai Tukang Batu, di Johor.
Natijahnya, semua bencana dan pencemaran terhadap alam sekitar disumbangkan campur tangan keterlaluan manusia, kegagalan mempraktikkan pembangunan lestari, kelemahan agensi penguatkuasaan dan sambutan rendah kalangan masyarakat terhadap gaya hidup mesra alam.
Kegusaran terhadap bencana alam sekitar negara tidak terhenti di situ. Kajian saintis iklim dari Crowther Lab berpangkalan di Zurich, Switzerland seperti dilaporkan Channel News Asia, menambah kebimbangan terhadap pelbagai bencana dan malapetaka alam sekitar yang bakal melanda negara masa depan.
Kajian kumpulan saintis itu menunjukkan menjelang 2050, perubahan pola curahan hujan bakal membawa kepada banjir besar dan episod kemarau akibat peningkatan suhu 1.5 darjah celcius.
Ramalan itu mengundang keresahan memandangkan Malaysia hampir saban tahun dilanda banjir.
Lazimnya, apabila berlaku pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar, pelbagai pihak menuding jari satu sama lain. Polemik ‘bangau oh bangau’ ini jelas kelihatan dalam tragedi Sungai Kim Kim, membabitkan semua pemegang taruh sama ada agensi berkaitan, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.
Sewajarnya kita mempelajari dan mengambil teladan episod pencemaran terdahulu bagi mengelak ia berulang.
Segala bentuk pengabaian terhadap alam sekitar perlu dikekang, kerana apabila alam sudah tercemar kos merawat dan membaik pulihnya amatlah tinggi.
Pemegang taruh secara kolektif mesti bertanggungjawab menjaga, melindungi, memelihara dan memulihara alam sekitar, selain berusaha mencari kaedah terbaik mengatasi masalah pencemaran dan kemerosotan alam sekitar.
Tempoh 62 tahun mengecapi kemerdekaan seharusnya menjadikan semua cukup matang mengharungi dan mencari penyelesaian terhadap permasalahan alam sekitar, hasil kegagalan kita menguruskannya secara lestari.
Oleh itu tema hari kemerdekaan tahun ini ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ sangat bertepatan dengan usaha berterusan memelihara dan memulihara alam sekitar negara daripada diancam kemusnahan.
Saban tahun, kerajaan membelanjakan ratusan juta untuk merawat dan memulihara alam sekitar akibat mentaliti pencemaran minda kalangan masyarakat masih pada takuk lama. Ketika Sungai Kim Kim tercemar pada Fasa 1, sejumlah RM8.4 juta dibelanjakan. Satu jumlah amat tinggi.
Justeru, masyarakat Malaysia perlu turun padang membantu dan tidak sekadar meletakkan tugasan ini kepada kerajaan semata-mata.
Apakah selepas keadaan semakin buruk, baru kita sedar untuk menjaga alam sekitar, memulih semula kawasan atau sungai yang tercemar?
Jika disoroti, melampaui dua dekad konsep kelestarian diperkenalkan di Malaysia, ketidaklestarian dalam pelbagai aspek alam sekitar masih berlaku di negara ini, malah semakin serius.
Selepas 25 tahun Malaysia memeterai agenda pembangunan lestari, isu bersangkut ketidaklestarian, daripada soal mikro seperti isu sampah-sarap kepada isu makro seperti bencana alam seperti banjir kilat, masih menghambat agenda pembangunan negara.
Kita tidak boleh bertangguh lagi. Malaysia memerlukan pendekatan bersepadu membabitkan semua pemegang taruh yang disokong perancangan strategik dan sistematik berteraskan kelestarian dalam menguruskan alam sekitar negara, supaya terpelihara sebaik mungkin.
Konsep pembangunan lestari dicetuskan untuk menangani permasalahan alam sekitar perlu difahami sepenuhnya dan diadaptasi semua pihak sebagai prasyarat memperoleh dan menikmati alam sekitar yang sejahtera, berkualiti dan selamat, selain mengelak lebih banyak episod bencana.
Pihak industri pula tidak boleh sekadar memikirkan untung, tetapi harus bersama-sama memikul tanggungjawab mempertingkat kesejahteraan masyarakat setempat, memelihara sumber asli dan melindungi kualiti alam sekitar.
Semua ini perlu disokong sistem governans berteras prinsip pembangunan lestari dalam proses membuat keputusan, penggubalan dasar serta dalam penyediaan perundangan dan peraturan yang mendasari perancangan pembangunan ke arah kelestarian alam sekitar negara.
Gabungan semua entiti ini mampu mengekang alam sekitar negara daripada terus dicemari atas nama pembangunan.
TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment